เลขเด็ดหวย บ้านผี เสริมดวงชะตา แก้ดวงตก

วันพฤหัสบดีที่ 5 กุมภาพันธ์ พ.ศ. 2558

Isu beras: BERNAS kata selesai, NGO kata tak

Isu beras: BERNAS kata selesai, NGO kata tak


Adakah masalah lambakan padi di Perlis sudah selesai?Kini ada dua versi berbeza berhubung status semasa isu – selesai bagi syarikat Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) dan belum bagi NGO pesawah.Badan Pembela Petani (Bela Tani) mendakwa lambakan masih berlaku dan BERNAS tidak mahu membeli padi daripada petani walaupun permintaan beras sangat tinggi sekarang ini.“Persoalan saya sekarang kenapa berlaku lambakan padi di kilang sedangkan sara diri kita kepada makanan tempatan tak cukup,” katanya pengerusinya Mohd Subri Mohd Said.Beliau mendakwa terdapat lebihan import beras dalam negara yang menyebabkan petani padi tertindas.Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Kangar Shaharuddin Ismail pada 30 Januari berkata BERNAS tidak mengambil beras yang  diproses sehingga menyebabkan pusat belian di kilang swasta tiada ruang untuk menyimpan.Anggota parlimen Kangar itu mempersoalkan mengapa BERNAS tidak mengambil beras yang telah diproses sedangkan negara kekurangan beras hingga terpaksa mengimport.Katanya, di Dibok Sdn Bhd di Kangar, kilang swasta terbesar di Perlis, terdapat lebih 8,000 tan beras yang sudah diproses bernilai lebih RM16 juta tetapi masih terperap, lapor Bernama.BERNAS bagaimanapun ketika dihubungi Malaysiakini semalam menegaskan masalah itu telah selesai dan dijelaskan pada 31 Januari lalu, sehari selepas Shaharuddin membangkitkan perkara itu.Kenyataan syarikat itu antaranya menyebut lambakan beras di Dibuk disebabkan beras super tempatan (15 peratus beras hancur atau ST15) berjumlah 6,029 metrik tan yang dikeluarkan tidak menepati spesifikasi gred.“Bagi status semasa tuaian padi di negeri Perlis, BERNAS ingin memaklumkan bahawa pembelian padi di kilang-kilang BERNAS berjalan dengan lancar dengan semua hasil tuaiandapat dipasarkan ke kilang-kilang BERNAS dan tidak berlaku sebarang masalah padi tidak dapat dijual oleh para petani.“Sebagai makluman, hasil tuaian padi bagi musim ini di negeri Perlis dianggarkan berbaki antara 30 peratus dan 40 peratus sahaja lagi (setakat 31 Januari),” menurut syarikat itu.Sementara itu, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar  yang sering membangkitkan masalah berkaitan pertanian padi di parlimen menggesa kerajaan mendedahkan jumlah semasa beras di pasaran sekarang.Beliau juga mahu kuota beras import disemak semula selain membanteras penyeludupan yang menjelaskan petani Malaysia.“Bila ada penyelesaian, barulah beras (daripada petani tempatan) itu berada di pasaran,” katanya.

ไม่มีความคิดเห็น:

แสดงความคิดเห็น