Palanivel didakwa tunjuk sikap tak hormat PM
Bekas setiausaha agung MIC, R Ramanan menyelar presiden partinya Datuk Seri G Palanivel kerana tidak menunjukkan hormat apabila tidak hadir ke pertemuan bersama Datuk Seri Najib Razak semalam.Malah, Palanivel juga sanggup menghantar seorang wakil yang bukan seorang anggota jawatankuasa kerja pusat, kata Ramanan.“Apakah kewibawaan mana-mana wakil Palanivel untuk bertemu orang nombor satu dalam BN berhubung masalah parti yang serius ini?,” soal Ramanan.Palanivel mendakwa, timbalannya, S Subramaniam tidak membenarkan wakil beliau menyertai pertemuan dengan Najib semalam.Beliau menghantar S Sothinathan sebagai wakil ke pertemuan itu bagi membincangkan masalah yang dihadapi MIC dan Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia.Sothinathan dihalang daripada menyertainya dan hanya dimaklumkan mengenainya selepas pertemuan itu tamat.Ramanan berkata, walau tidak hadir, Palanivel masih boleh mengeluarkan kenyataan, beberapa minit selepas sidang media setiausaha agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.“Namun dia tidak menyertai pertemuan itu untuk mengetahui apa sebenarnya yang berlaku.“Sebab sebenar di berundur dengan begitu pengecut sekali daripada pertemuan dengan bos beliau adalah kerana dia takut terpaksa menukar keputusan sekali lagi.“Jangan kita lupa tindakan pengecut beliau pada 2013 apabila beliau berkejar pada perdana menteri sesuka hatinya untuk meminta pertolongan bagi mengadakan rundingan damai,” kata Ramanan lagi.Jelasnya, rundingan itu membolehkan Palanivel kekal selama satu penggal lagi sebagai presiden, tanpa pertandingan.Mengulas lanjut mengenai ancaman Palanivel ke atas ROS, Ramanan berkata, MP Cameron Highlands itu bukanlah “pemangku presiden sementara” ROS.Maka, Palanivel tidak boleh mengarahkan ROS untuk menarik balik surat dan tuidak boleh menggantung keahlian atau menyingkirkan mereka, kata Ramanan.[Baca berita asal]
ไม่มีความคิดเห็น:
แสดงความคิดเห็น