เลขเด็ดหวย บ้านผี เสริมดวงชะตา แก้ดวงตก

วันจันทร์ที่ 19 มกราคม พ.ศ. 2558

Arahan sita epal Gala, Granny Smith

Arahan sita epal Gala, Granny Smith

Kementerian Kesihatan telah mengarahkan pengimport epal jenis Granny Smith supaya memanggil semula produk itu dari pasaran berikutan dakwaan epal itu dicemari bakteria, selain menyita buah epal  yang terdapat di premis pengimport.    

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan hari ini berkata pihaknya mengambil maklum isu pencemaran bakteria "Listeria monocytegenes" pada buah epal jenis Granny Smith dan Gala keluaran Syarikat Bidart Brothers, dari Bakersfield, California, Amerika Syarikat.

Katanya pihaknya sedang bekerjasama dengan pihak United States Food and Drug Administration (USFDA) mengenai perkara ini selain mengenakan pemeriksaan tahan, uji, lepas ke atas pengimportan epal jenis Granny Smith dan Gala keluaran syarikat itu di semua pintu masuk.

"Ini berikutan isu pencemaran bakteria Listeria monocytegenes ke atas buah epal jenis Granny Smith dan Gala keluaran Syarikat Bidart Brothers, Bakersfield, California, Amerika Syarikat yang digunakan dalam pengeluaran karamel epal yang dikesan oleh pihak USFDA seperti dilaporkan dalam beberapa media antarabangsa sejak kebelakangan ini," katanya.

Katanya makanan yang tercemar dengan Listeria monocytogenes berkemungkinan tidak menunjukkan sebarang tanda bahawa ia telah rosak secara fizikal sama ada melalui penglihatan atau bau.

"Pengambilan makanan yang tercemar dengan bakteria ini boleh menyebabkan penyakit bawaan makanan yang dikenali sebagai listeriosis yang boleh menyebabkan demam kuat, sakit kepala yang teruk, kekejangan pada leher dan loya dan ia berisiko bagi wanita mengandung, warga emas dan mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah," katanya.

Seksyen 13 Akta Makanan 1983 memperuntukkan mana-mana pihak yang terlibat mengimport, mengedar, menyimpan atau menjual makanan yang ada dalam atau padanya apa-apa bahan yang beracun, merosakkan atau memudaratkan kesihatan adalah melakukan kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Kementerian Kesihatan melalui Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) atau Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) terdekat atau melalui laman web http://fsq.moh.gov.my atau facebook BKKM www.facebook.com/bkkmhq.

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dilaporkan telah menyekat kemasukan epal jenis Gala dan Granny Smith dari Amerika Syarikat ke Malaysia kerana dipercayai tercemar oleh bakteria Listeriosis.

- Bernama

ไม่มีความคิดเห็น:

แสดงความคิดเห็น