Pemuda PAS bimbang risiko cerun runtuh
Pemuda PAS berharap akan dapat bertemu dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib hujung bulan ini bagi membincangkan mengenai risiko kejadian tanah runtuh di kawasan cerun bukit di sekitar ibu negara.
Timbalan Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (WP) Nurul Islam Mohamed Yusuf berkata pihaknya telah menghantar surat mencadangkan agar pertemuan itu diadakan pada 28 Januari depan.
Katanya, kejadian itu dibimbangi akan berlaku ekoran perubahan cuaca yang tidak menentu pada masa ini.
Beliau juga beharap untuk meninjau kawasan cerun yang dimaksudkan bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada hari itu.
Katanya, usaha itu dibuat susulan kenyataan Ahmad Phesal 7 Januari lalu mengenai terdapat 1,740 cerun bukit telah dikenal pasti berdepan risiko tanah runtuh.
Ahmad Phesal juga mengakui, 620 daripadanya dikategorikan sebagai “sangat berbahaya” dan bakinya dianggap "bahaya".
Parlimen Segambut adalah kawasan paling berisiko dan disusuli dengan Lembah Pantai, katanya dalam satu kenyataan.
"Asas data yang dikemukakan oleh Kuala Lumpur Slope Information System (KuLSIS) ini, pihak DPPWP melahirkan kebimbangan dan usaha yang terancang perlu segera diambil oleh DBKL,” katanya.
Tegasnya, DBKL perlu menyedia maklumat kepada pengguna serta pelan tindakan kecemasan yang akan diambil.
Nurul Islam juga berkata pihaknya turut merujuk laporan Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020 (Alam Sekitar) dan mendapati wujud pembangunan di kawasan cerun melebihi 30 darjah.
Hakisan tanah di tapak pembangunan itu masih berlaku, katanya yang merujuk laporan sama.
ไม่มีความคิดเห็น:
แสดงความคิดเห็น