เลขเด็ดหวย บ้านผี เสริมดวงชะตา แก้ดวงตก

วันพุธที่ 21 มกราคม พ.ศ. 2558

Bekas pegawai disaran tak keluar kenyataan

Bekas pegawai disaran tak keluar kenyataan


Lapan bekas pegawai bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dinasihati supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu pemulangan bayaran pampasan berjumlah RM2.6 juta yang diterima mereka sebelum ini.
    
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) Faekah Husin berkata peguam daripada firma guaman Tetuan Bon & Associates yang dilantik mereka mengeluarkan nasihat itu bagi mengelak sebarang prejudis dalam isu pampasan berkenaan.
    
"Kami melantik peguam Tetuan Bon & Associates untuk menjawab surat kerajaan negeri berhubung pemulangan bayaran pampasan itu.
    
"Firma guaman ini akan turut menerima maklumat-maklumat termasuk dokumen berkaitan dengan urusan pembayaran pampasan tersebut bagi pihak kami," katanya dalam kenyataan menerusi WhatsApp hari ini.
    
Pada 16 Jan lepas, Menteri Besar Mohamed Azmin Ali dilaporkan berkata kerajaan negeri akan memutuskan tindakan susulan terhadap lapan bekas pegawai MBI terbabit berkemungkinan dalam minggu ini berhubung isu pembayaran pampasan berkenaan.

Menurutnya, tindakan susulan itu akan difikirkan oleh kerajaan negeri selepas tempoh pemulangan semula pampasan yang diberi kepada mereka yang terlibat tamat pada hari ini.
    
Mohamed Azmin sebelum ini mengarahkan kesemua lapan bekas kakitangan MBI yang terlibat supaya memulangkan semula wang pampasan kerana mendakwa terdapat beberapa perkara yang telah melanggar tatacara dan peraturan kewangan.
    
Sebelum ini, lapan pegawai itu dilaporkan menerima pampasan berjumlah sehingga RM2.6 juta.
    
-Bernama

ไม่มีความคิดเห็น:

แสดงความคิดเห็น