เลขเด็ดหวย บ้านผี เสริมดวงชะตา แก้ดวงตก

วันจันทร์ที่ 26 มกราคม พ.ศ. 2558

Laman web MAS digodam dengan mesej IS

Laman web MAS digodam dengan mesej IS


Laman web Malaysia Airlines (MAS) tidak dapat diakses pagi ini selepas digodam dengan meninggalkan pesanan berkaitan kumpulan bersenjata Negara Islam (IS) di Syiria.

Meninggalkan pesanan "ISIS will prevail", (ISIS pasti menang) ia menimbulkan kebimbangan berhubung kemungkinan kaitannya dengan jaringan pengganas antarabangsa.

IS juga dikenali sebagai ISIS dan ISIL.

Penggodam itu dikesan mendaftar keluar menggunakan nama "Cyber Caliphate" (khalifah siber) dan meminta pengguna Twitter mengikuti akaun  @UMG_Chris dan @UMGRobert. 

Bagaimanapun, semakan dengan Malaysiakini mendapati terhadap pelbagai gangguan termasuk yang meninggalkan pesanan berbunyi "Lizard Squad will prevail" (Lizard Squad akan menang).

Ia memaparkan gambar cicak memakai tuksedo dan menghisap paip.

Lizard Squad merupakan kumpulan penggodam terkenal dan bertanggungjawab terhadap beberapa insiden tahun lepas termasuk terhadap PlayStation Network milik Sony dan pelayan Xbox oleh Microsoft.

[Baca berita asal]
You may experience difficulty accessing our website. We are currently working on resolving the issue. To book fares: http://t.co/tV2iIvlYxt— Malaysia Airlines (@MAS) January 26, 2015

ไม่มีความคิดเห็น:

แสดงความคิดเห็น