Mahkamah Persekutuan tolak rayuan kes 'Allah'
Panel lima anggota Mahkamah persekutuan hari ini menolak permohonan ketua biskop Gereja Roman Katholik untuk menyemak semula penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan bahasa Malaysia The Herald.
Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong memutuskan bahawa tiada prosedur tidak adil dalam keputusan tujuh anggota panel sebelum ini.
“Oleh itu, kami menolak permohonan semakan semula,” katanya.
Panel lain termasuk Hakim Ahmad Ma'arop, Hasan Lah, Ramly Ali dan Azahar Mohamed.
Keputusan sebulat suara itu dibuat selepas rehat kira-kira sejam.
Keputusan hari ini menamatkan rayuan gereja itu terhadap pengharaman penggunaan kalimah itu terhadap bukan Islam.
Penganut Kristian di Sabah dan Sarawak banyak menggunakan kalimah Allah untuk merujuk kepada tuhan mereka.
Selain kes itu, terdapat kes lain hampir sama termasuk kes rampasan cakera padat menggunakan kalimah Allah dan rampasan buku agama daripada Indonesia melibatkan Sidang Injil Borneo (SIB) sebelum ini.
[Baca berita asal]
ไม่มีความคิดเห็น:
แสดงความคิดเห็น